Hukum Orang-Orang Islam Merayakan dan Mengucapkan Tahniah Sempena Tahun Baru Masehi

Februari 1, 2017

0

Soalan: Bolehkah orang-orang Islam bersama-sama orang-orang Kristian merayakan tahun baru dan mengucapkan tahniah kepada mereka? Jawapan: Orang-orang Islam beriman dengan para Nabi Allah dan Rasul-Nya dan mereka tidak membezakan antara seorang Rasul dengan yang lainnya serta mereka turut bergembira dengan hari-hari kelahiran mereka (para Nabi dan Rasul). Mereka merayakannya sebagai tanda rasa syukur kepada Allah […]

Posted in: Fatwa

Hukum-Hukum Berkaitan Anjing

Januari 8, 2017

0

Soalan: Adakah anjing itu najis? Adakah harus menjualnya? Apakah hukum memeliharanya di rumah? Jawapan: Anjing ialah sejenis haiwan yang menyalak. Apa-apa sahaja jenis haiwan yang menyalak, sama ada besar atau kecil dipanggil sebagai anjing, sekalipun salakannya lemah (tidak kuat). Manakala, haiwan yang tidak menyalak meskipun ia seakan-akan anjing seperti serigala dan musang, maka ia bukanlah […]

Tagged: , ,
Posted in: Fatwa

Hukum Solat Jumaat Apabila Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat

Julai 14, 2013

1

Soalan: Adakah gugur (kewajipan) solat Jumaat apabila hari raya berlaku pada hari Jumaat, dan memadai dengan solat hari raya (sahaja) dari solat Jumaat?  Dan, adakah gugur (kewajipan) solat zuhur apabila berlaku hari raya pada hari Jumaat? Dan, adakah gugur (kewajipan) solat zuhur pada hari raya setakat memadai dengan solat hari raya? *Jawapan: Persoalan mengenai berlakunya […]

Tagged: , ,
Posted in: Fatwa, Solat

Bilakah Kanak-kanak Mula Berpuasa?

Ogos 2, 2012

0

Soalan: Bilakah seseorang kanak-kanak lelaki dan perempuan mula berpuasa? Adakah di sana terdapat ketetapan syarak mengenai umur kanak-kanak dalam perkara ini? *Jawapan: RasūlulLāh Ṣ.‘A.W bersabda (mafhūmnya): “Telah diangkat qalam daripada tiga perkara (iaitu) : daripada kanak-kanak hingga dia (dikira) dewasa, dan daripada orang yang tidur hingga dia jaga, dan daripada orang gila hingga dia waras.” […]

Posted in: Fatwa

Puasa Ramadan : Satu Niat Sudah Memadai

Julai 29, 2012

0

Soalan: Adakah wajib mengulang-ulang niat puasa Ramadan pada setiap hari ? Atau, memadai satu niat (sahaja) bagi puasa sebulan keseluruhannya? *Jawapan: Niat mempunyai kepentingan yang besar dalam Islam. Maka, ia menentukan matlamat dan tujuan seseorang insan dalam pelbagai perkara. Sebab itulah RasūlulLāh Ṣ.‘A.W bersabda (mafhūmnya): “Sesungguhnya perbuatan-perbuatan itu (disertai) dengan niat, dan sesungguhnya bagi setiap […]

Posted in: Fatwa

Wahai Anak Kesayanganku! (Bahagian 7 – Aspek-aspek tarbiyyah di dalam wasiat-wasiat Luqmān)

Jun 26, 2012

0

3. Bersabar di jalan dakwah kepada AlLāh Berdakwah ke jalan AlLāh memerlukan kesabaran daripada pendakwah dalam menghadapi rintangan-rintangan musuh-musuh dakwahnya. Demikian itu berlaku kerana manusia adalah “musuh” kejahilan diri sendiri, dan perubahan mereka daripada akidah yang dianut sekian lama – meskipun ianya batil – kepada akidah lain bukanlah suatu yang mudah, sekalipun akidah (lain) itu […]

Posted in: 'Ibrah

*Doa Niṣfu Sha‘bān Bercanggah Dengan Nas?

Jun 25, 2012

0

“…Dan, ia adalah doa yang panjang, tetapi doa itu menyalahi nas-nas dan saling bertentangan, lagi bercanggahan pada maknanya juga.” (Misalnya) di dalam doa tersebut, seseorang yang berdoa mengucapkan : “Wahai Tuhan! Jika Engkau telah menetapkanku di sisi-Mu di dalam umm-ul-kitāb (suatu) kecelakaan, atau keterhalangan, atau keterbuangan, atau kesempitan ke atasku pada rezeki, maka Engkau hapuskanlah […]

Tagged: , , ,
Posted in: Fatwa