Browsing All Posts published on »Februari, 2012«

Al-Mu‘awwidhātāyn

Februari 26, 2012

1

Pengenalan Al-Mu‘awwidhātāyn [1] merujuk kepada (sūrah) Al-Falaq dan (sūrah) berikutnya (An-Nās) kerana kedua-duanya dimulai dengan kalimah قل أَعوذ . Menurut Ash-Sha‘rawīy r.ḥ (meninggal 1419H), di dalam sūrah ini (Al-Falaq), الله menyebutkan diri-Nya (yang) dengan sifat-Nya (itu) , (manusia) berlindung daripada kejahatan yang tersebut di dalam sūrah (Al-Falaq) [2]. Dan, الله dengan raḥmat-Nya menyeru Rasul-Nya Ṣ.‘A.W […]

Tafsīr Sūrat-ul-Fātiḥah (Ibnu Taymiyyah r.ḥ)

Februari 23, 2012

0

Bahagian Akhir Perbahasan maksud perkataan الهدى Perkataan الهدى bererti penerangan dan dakwah dan (penggunaan maksud tersebut) adalah sama untuk orang mu’min dan orang kafir, seperti firman الله (maksudnya): “Adapun (kaum) Thamūd, maka Kami telah memberikan mereka petunjuk, tetapi mereka mengutamakan kebutaan (kesesatan).” – Fuṣṣilat:17; Ia juga membawa maksud menjadikannya orang yang mendapat hidāyah tetapi (maksud) […]

“Ḥadīth” Raja Bayang الله Di Bumi Palsu!

Februari 22, 2012

0

Sesuatu yang hendak disandarkan kepada RasūlulLāh Ṣ.‘A.W mestilah diyakini dengan ilmu yang benar bahawa ianya datang daripada baginda. Maka itu , adalah menjadi satu kewajipan kepada orang yang berilmu meletakkan perkara ini sebagai keutamaan, lebih-lebih lagi jika dia juga dianggap mempunyai “pengaruh” di kalangan masyarakat Islam. Sesungguhnya sesiapa yang beriman wajar berasa gerun dengan peringatan […]

Tafsīr Sūrat-ul-Fātiḥah (Ibnu Taymiyyah r.ḥ)

Februari 21, 2012

0

Terjemahan daripada kitāb Tafsīrāt Shaykh-il-Islām Ibn Taymiyyah r.ḥ (meninggal 728H) Bahagian Pertama (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم) Perbahasan Tentang Basmalah Para ‘ulamā’ telah berbeza pendapat ;(pertama)adakah ia (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم) satu ayat atau sebahagian ayat daripada setiap sūrah, atau (kedua) ia bukanlah (sebahagian) daripada Al-Qur’ān kecuali pada sūrah An-Naml (ayat ke-30), atau (ketiga) ia (hanya) […]

Sunat Berpuasa Pada Hari Ulang Tahun Kelahiran?

Februari 18, 2012

0

Terdapat pihak tertentu yang berhujah bahawa RasūlulLāh Ṣ.‘A.W berpuasa pada hari ulang tahun kelahiran baginda sendiri. Maka, atas sebab itu (menurut pihak berkenaan) kita juga “digalakkan” berpuasa sebagai mengikuti sunnah RasūlulLāh Ṣ.‘A.W dan akan diberikan pahala oleh الله. Yang menjadi persoalan di sini ialah apakah di sana terdapat naṣ bagi menyokong hujah tersebut? Sedangkan, dalam […]

Hukum Sambutan Hari Kelahiran RasūlulLāh Ṣ.‘A.W

Februari 17, 2012

0

Di bulan Rabī‘-ul-Awwal terdapat golongan yang mengadakan perayaan sambutan Hari Kelahiran RasūlulLāh Ṣ.‘A.W (mawlid-ur-rasūl) dan mereka mengalunkan nasyid dan puji-pujian . Persoalannya, adakah RasūlulLāh Ṣ.‘A.W dan para sahabat menyambut hari kelahiran baginda? Dan, apakah hukum Islam tentang perkara ini? *Jawapan : Perayaan mawlid-ur-rasūl tidak pernah dilakukan oleh para salaf-us-ṣālih di kurun ketiga yang pertama [1], […]

Aku Hairan Bagaimana Dia Lupa…

Februari 16, 2012

1

Aku hairan perihal orang yang diuji dengan kesakitan; bagaimana dia lupa mengucapkan : أَنِّي مَسَّنِيَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ ٱلرَّاحِمِينَ (“Sesungguhnya aku telah ditimpa kesakitan, dan Engkaulah yang lebih mengasihani daripada kalangan yang mengasihani.” – Al-’Anbiyā’:83); sedangkan AlLāh berfirman : فَٱسْتَجَبْنَا لَهُ فَكَشَفْنَا مَا بِهِ مِن ضُرٍّ (“Maka Kami telah perkenankan baginya, lalu Kami telah lepaskan […]