Wahai Anak Kesayanganku! (Bahagian 3 – Aspek-aspek tarbiyyah di dalam wasiat-wasiat Luqmān)

Posted on Mac 27, 2012

0



II. Melakukan kebajikan kepada kedua-dua ibu bapa

Sesungguhnya belaian kasih ibu bapa kepada anak-anak adalah gambaran kasih sayang yang jelas. Dan, kewajipan anak-anak (pula) untuk membalas kasih sayang mereka (ibu bapa) dengan menjaga mereka apabila mereka sudah tua, dan merendahkan diri di hadapan mereka, juga (sentiasa) mendoakan mereka akan keampunan dan raḥmat daripada الله. (Hakikatnya) kasih sayang kedua-dua ibu bapa kepada anak-anak adalah satu anugerah yang tidak boleh diukur dengan sebarang harga dan tidak boleh diganti (sama sekali). Semua itu adalah fiṭrah yang telah ditentukan oleh الله kepada kedua-dua ibu bapa (supaya mereka kasihkan anak-anak – pent.). Sebab itu, melakukan kebajikan kepada kedua-dua ibu bapa merupakan kewajipan terbesar (yang diwajibkan oleh الله kepada anak-anak – pent.) dan permulaan kepada perhubungan kemasyarakatan, seperti mana merderhakai kedua-dua mereka adalah antara dosa-dosa besar yang sangat hampir dengan (dosa) mensekutukan الله. Sangatlah banyak dalīl pada pelbagai tempat di dalam KitābulLāh mengenai perintah الله kepada anak-anak supaya mereka melaksanakan ihsan bagi kedua-dua ibu bapa yang seiring dengan perintah menyembah الله semata-mata dan larangan dari mensekutukan-Nya. Misalnya, firman اللَّهُ تَعَالَى (yang bermaksud) : “Dan, sembahlah kamu akan AlLāh dan janganlah kamu mensekutukan dengan-Nya sesuatu dan dengan kedua-dua ibu bapa (hendaklah kamu melakukan) kebajikan.” – An-Nisā’:36

Di dalam ayat tersebut, اللَّهُ تَعَالَى memerintahkan (hamba-Nya) dengan beribadat kepada-Nya (semata-mata) dan melarang (hamba-Nya) dari mensekutukan-Nya (dengan sesuatu), kemudian ia diikuti suruhan melakukan ihsan dan kebaikan kepada kedua ibu bapa kerana pada kedua-dua merekalah (ibu bapa) mempunyai kelebihan ke atas anak-anak, bermula (dari) benih air mani (berada) di dalam rahim ibunya sehingga dia membesar bergantung dengan dirinya (ibu).

Mematuhi kedua-dua ibu bapa itu bersyarat

Luqmān-ul-Ḥakīm mendedahkan di dalam wasiat kepada anaknya (mengenai) hubungan antara kedua-dua ibu bapa dan anak-anak dengan pendekatan yang sangat lembut, dan gambaran yang dipenuhi kasih sayang dan kelembutan. Dalam hubungan ini, ikatan akidah (adalah) permulaan kepada satu hubungan yang teguh, kerana mensyukuri kedua-dua ibu bapa (hendaklah) selepas mensyukuri الله عز وجل , sebab الله pemberi nikmat yang pertama (wajib disyukuri).

Wasiat Luqmān supaya insan mematuhi dan mentaati kedua-dua ibu bapa dalam perkara-perkara yang tidak mensekutukan dan menderhakakan اللَّهُ تَعَالَى. Dalam erti kata lain, ketaatan kepada kedua-dua ibu bapa tidaklah dibenarkan dalam (bersama-sama mereka – pent.) melakukan dosa besar dan meninggalkan kewajipan yang telah difarḍukan (seperti ibadat ṣalāt, puasa dsb – pent.), sebaliknya (anak-anak) dimestikan mentaati kedua-duanya dalam perkara-perkara yang diharuskan (oleh shara‘).

Penghormatan tertinggi untuk kedua-dua ibu bapa dan adab

Maka itu, berdasarkan kupasan-kupasan terdahulu bahawa hubungan anak-anak dengan ibu bapa mestilah (berlaku) satu ikatan yang kukuh teguh , dibina di atas pertimbangan (kemanusiaan) dan penghormatan disebabkan kelebihan (yang dimiliki) ibu bapa di mana tidak ada sesiapa pun yang dapat membalas (jasa bakti kedua-keduanya – pent.). Daripada sinilah perihal wasiat atau suruhan kepada anak-anak (supaya mereka melakukan ihsan – pent.) dengan kedua-dua ibu bapa disebut berulang kali di dalam Al-Qur’ān-ul-Karīm dan As-Sunnah, kerana adalah satu keperluan untuk mengingatkan generasi (muda) tentang kewajipan mereka terhadap orang yang menghilangkan (dahaga mereka) ketika kehausan.

Sebab itulah, datangnya perintah (supaya anak-anak) melakukan ihsan kepada kedua-dua ibu bapa di dalam bentuk pengisytiharan perintah (yang tegas) daripada الله yang membawa maksud perintah yang wajib (dilakukan) selepas (satu) perintah (lain) yang wajib dilakukan dengan beribadat kepada الله, sebagaimana firman-Nya (yang bermaksud): “Dan Tuan kamu (AlLāh) telah memerintahkan bahawa kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya (semata-mata), dan dengan kedua-dua ibu bapa (kamu melakukan) ihsan; sama ada sampai umur tua di sisi kamu salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya (sekali), maka janganlah kamu berkata kepada kedua-duanya (sekali pun perkataan) ‘uf ,dan janganlah kamu menengking mereka dan katakanlah kepada kedua-duanya perkataan yang baik (sopan). Dan, rendahkanlah oleh kamu bagi kedua-duanya akan sayap kehinaan (di hadapan mereka) daripada kasih sayang (kamu kepada kedua-duanya), dan berkatalah oleh kamu (dengan berdoa untuk kedua-duanya): “Wahai Tuanku! Raḥmatilah kedua-duanya sebagaimana kedua-duanya telah mendidikku semasa kecil.” – Al-’Isrā’:23-24

Di dalam firman AlLāh Ta‘ālā : (فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا) , yang dapat diambil faedah (di sini) ialah peringkat pertama daripada peringkat-peringkat pemeliharaan dan adab bahawa dia tidak menyeru (atau memanggil) kedua-dua ibu bapa dengan seruan (atau panggilan) yang bernada kemarahan dan kejengkelan, dan apa-apa sahaja yang boleh diertikan sebagai menghina dan buruk tingkah laku (terhadap kedua-duanya). Manakala, firman-Nya (وَقُلْ لَهُمَا قَوْلاً كَرِيماً) ialah kedudukan tertinggi bagi perkataan (yang hendak diucapkan untuk kedua-duanya – pent.) dengan ucapan kemuliaan dan penghormatan.

(وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ) – di sini (الله menyebut) dengan ungkapan yang halus dan lembut (meresapi) ke dalam hati dan ketundukan yang (memberikan) kesan , iaitu raḥmah kehalusan dan kelembutan, dan seolah-olah kehinaan itu yang tidak mengangkat “mata” dan tidak menolak (suatu) “perkara” (bagi menunjukkan sikap rendah diri seorang anak dengan kedua-dua ibu bapa – pent.), dan seolah-olah kehinaan itu (juga) mempunyai sayap yang ia rendahkannya bagi tujuan meminta izin dengan kesejahteraan dan penyerahan (diri).

(وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً) dan iaitulah ingatan sepintas lalu (tentang) masa kanak-kanak(nya) yang lemah (ia) perlu diingati (oleh anak-anak). Dan, (keadaan) kedua-duanya (ibu bapa) sekarang sama seperti mereka (anak-anak ketika masih kecil – pent.) yang lemah dan berhajat kepada pemeliharaan dan (belaian) kasih sayang.

Jasa kedua-dua ibu bapa tiada gantinya

Tidak diragukan lagi bahawa seorang insan itu tidak (mampu) menyempurnakan hak kedua-dua ibu bapanya meskipun dia telah melakukan ihsan kepada mereka, kerana kedua-dua ibu bapa menjaga anak-anak ketika mereka masih kecil dengan mengharapkan setiap kebaikan baginya, dan kedua-dua mereka sangat bimbangkan setiap suatu yang buruk menimpanya, dan kedua-duanya memohon kepada الله baginya keselamatan dan panjang umur, dan kedua-dua mereka sedaya upaya menjaganya meskipun terpaksa berjaga malam (keletihan) tanpa rehat (yang cukup), tanpa rasa terganggu memenuhi tuntutannya. Begitu juga kedua-duanya sangat bersedih apabila seorang anak sakit atau disakiti sesuatu. Manakala, seorang anak pula apabila dia melakukan kewajipan ihsan bagi kedua-dua ibu bapanya , tidaklah sama perasaan dirinya dalam melakukan kewajipan itu seperti perasaan diri ibu bapa terhadapnya, kecuali (perasaan itu wujud) pada keadaan yang sangat-sangat jarang berlaku.

(Sesungguhnya) tercapai hak kedua-dua ibu bapa yang diwajibkan ke atas anak-anak untuk mentaati mereka selagi mana kedua-duanya menyeru kepada kebaikan, sebaliknya jika mereka menyeru kepada menderhakai الله, maka tidaklah harus mentaati kedua-duanya, kerana tiada ketaatan kepada makluk dalam (perkara) menderhakai Al-Khāliq. Meskipun begitu, tidaklah gugur hak kedua-duanya bagi anak-anak untuk berhubung secara baik dengan kedua-duanya dan jalinan persahabatan yang mulia.

Hubungan anak-anak dengan ibu bapa yang mushrik

Daripada Asmā’ binti ’Abīy Bakr r.‘a , bahawasanya beliau berkata : “Ibuku telah datang kepadaku, dan dia seorang perempuan mushrikah – pada zaman Quraisy ketika dalam tempoh masa perjanjian (damai dengan) RāsūlulLāh Ṣ.‘A.W – bersama bapanya, lalu aku meminta pandangan Nabīy (berhubung perkara ini).” Maka aku berkata : “ Ibuku telah datang kepadaku dan dia sangat-sangat (hendak bertemuku), bolehkah aku berhubung dengannya?” Baginda bersabda (mafhūmnya): “ Ya, berhubunglah olehmu dengan ibumu [1].” Di dalam ḥadīth yang lain : “Ibuku telah datang kepadaku sangat hendak (bertemuku) pada zaman Nabīy Ṣ.‘A.W, maka aku bertanyakan Nabīy Ṣ.‘A.W, (bolehkah) aku berhubung dengannya? Sabda baginda (mafhūmnya): “Ya!” [2]

Daripada kedua-dua ḥadīth tersebut jelaslah bahawa hak kedua-dua ibu bapa tetap terpelihara meskipun kedua-duanya kafir. Maka kewajipan seorang anak ialah mengelokkan pergaulan dengan mereka tanpa mematuhi kedua-duanya dalam menderhakai الله عز وجل. Dan, ketaatan kepada الله tidaklah boleh didahului oleh ketaatan selain-Nya, meskipun kepada orang yang mempunyai hak (untuk ditaati seperti kedua-dua ibu bapa – pent.).

Mensyukuri الله , kemudiannya mensyukuri ibu bapa

Penjelasan berhubung wasiat yang kedua (daripada wasiat Luqmān) dan yang berkaitan dengan melakukan kebajikan kepada kedua-dua ibu bapa, adalah ditetapkan bahawa kewajipan pertama yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak Muslim ialah mensyukuri kedua-dua ibu bapa selepas (menyatakan) keimanan dengan الله سبحانه وتعالى semata-mata dan mensyukuri-Nya. Sebab itulah Luqmān menjadikan kesyukuran kepada kedua-dua ibu bapa selepas kesyukuran (dengan) الله عز وجل dan keimanan dengan-Nya, (dan kesyukuran kepada kedua-dua ibu bapa – pent.) adalah pengiktirafan terhadap hak-hak kedua-duanya dan penyempurnaan (melakukan) kebajikan dengan kedua-duanya.

…bersambung

Nota :

[1] Imām Ibnu Ḥajar Al-‘Asqalanīy r.ḥ (meninggal 852H), Fatḥ-ul-Bārīy Bi Sharḥ Ṣaḥīḥ-il-Bukhārīy, Kitāb-ul-’Adab, Bāb Ṣilat-il-Mar’at ’Ummihā Walahā Zawj, m.s 413, juz. ke-10, Dār-ul-Ma‘rifah, Beirut, Lebanon, t.t

[2] Imām Bukhārīy r.ḥ (meninggal 256H), Ṣaḥīḥ-ul-Bukhārīy, Kitāb-ul-’Adab, Bāb Ṣilat-il-Wālid-il-Mushrik, nombor 5634; Imām Ibnu Ḥajar Al-‘Asqalanīy r.ḥ, Fatḥ-ul-Bārīy Bi Sharḥ Ṣaḥīḥ-il-Bukhārīy, Kitāb-ul-’Adab, Bāb Ṣilat-il-Wālid-il-Mushrik, m.s 413, juz. ke-10, Dār-ul-Ma‘rifah, Beirut, Lebanon, t.t

Advertisements
Posted in: 'Ibrah