Browsing All Posts published on »April, 2012«

Kita Yang Mudah Lupa!

April 27, 2012

0

Ya! Begitulah manusia – iaitu kita semua –mudah lupa, lalai lagi alpa akan segala nikmat yang AlLāh Ta‘ālā kurniakan daripada nikmat-nikmat-Nya. Mungkinkah kita menghitung nikmat-nikmat-Nya – nikmat iman, kehidupan, suami, isteri, anak-anak, keluarga, harta benda, kesihatan, ilmu, akal yang sihat, akhlak mulia, dan sebagainya? Sudah tentulah kita tidak akan dapat menghitungnya. Firman AlLāh Ta‘ālā (yang […]

Batasan-batasan Percampuran Lelaki dan Perempuan

April 27, 2012

0

Seringkali perbahasan-perbahasan tentang hukum-hukum pergaulan lelaki dan perempuan , iaitu sama ada ia diharuskan atau sebaliknya terus menjadi perdebatan yang tiada noktah di kalangan ‘ulamā’ sejak dahulu lagi. Maka , kita dapati bahawa di sana sini wujudnya pelbagai fatwa, pendapat dan pandangan mengenainya mengikut tahap keilmuan dan zaman di mana perkara tersebut berlaku. Dalam hubungan […]

Maksud Menahan Pandangan

April 23, 2012

0

Soalan: Di tempat kerja saya, terdapat orang-orang perempuan dan dalam percakapan saya dengan mereka, kadang-kadang saya memandang orang (perempuan) yang bercakap dengan saya. Saya amat bimbangkan kemurkaan AlLāh tetapi adalah satu kesulitan bagi saya jika saya dikehendaki menahan pandangan. Maka , saya berharapkan penjelasan hukum shara‘ tentang perkara ini. *Jawapan: بسم الله الحمد لله والصلاة […]

Wahai Anak Kesayanganku! (Bahagian 5 – Aspek-aspek tarbiyyah di dalam wasiat-wasiat Luqmān)

April 21, 2012

0

IV. Menuju kepada AlLāh Ta‘ālā dengan ṣalāt, menuju kepada manusia dengan dakwah kepada-Nya, dan bersabar pada jalan dakwah dan halangan-halangannya 1. Seruan mendirikan ṣalāt Luqmān berkata kepada anaknya seperti yang telah difirmankan oleh AlLāh Ta‘ālā (yang bermaksud) : “Wahai anakku, dirikanlah olehmu akan ṣalāt.” –Luqmān: 17 AlLāh Ta‘ālā telah memfardukan pelbagai ibadat ke atas hamba-hamba-Nya […]

Hukum dan bentuk doa istiftāḥ

April 17, 2012

0

Doa istiftāḥ atau iftitāḥ ialah doa yang dibacakan selepas takbīrat-ul-iḥrām sebelum memulakan bacaan sūrat-ul-Fātiḥaḥ di dalam ṣalāt. Terdapat beberapa persoalan tentangnya , misalnya hukum membacanya bagi orang yang berṣalāt sendirian, makmūm, imām dan bentuk-bentuk bacaannya. Hukum membacanya Terdapat khilāf di kalangan ‘ulamā’ mengenai hukum membaca doa istiftāḥ seperti berikut: Madhhab Malikīy : Dimakrūhkan (membaca) doa […]

Dosa-dosa Besar Maksiat Hati

April 14, 2012

2

Dosa-dosa besar tidaklah hanya terhad kepada perbuatan-perbuatan zahir (atau lahiriah yang boleh dilihat – pent.) seperti yang disangkakan (oleh sebahagian orang), malah dosa-dosa besar hati lebih bersangatan dosa (melakukannya) serta lebih berbahaya (kesannya kepada hati manusia dan menyumbangkan kerosakan kepada ad-din dan ummah – pent.). Maka sebagaimana perbuatan-perbuatan hati itu lebih besar dan lebih utama […]

Wahai Anak Kesayanganku! (Bahagian 4– Aspek-aspek tarbiyyah di dalam wasiat-wasiat Luqmān)

April 10, 2012

0

III. Mengimani kekuasaan الله Firman AlLāh Ta‘ālā : (Maksudnya): “Wahai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara seberat biji sawi, maka adalah ia di dalam batu besar atau di langit-langit atau di bumi , AlLāh akan membawakannya, sesungguhnya AlLāh Maha Lembut Maha Halus.” (31:16) Di dalam ayat tersebut , Luqmān memberitahu anaknya tentang keluasan kekuasaan AlLāh […]