*Doa Niṣfu Sha‘bān Bercanggah Dengan Nas?

Posted on Jun 25, 2012

0


“…Dan, ia adalah doa yang panjang, tetapi doa itu menyalahi nas-nas dan saling bertentangan, lagi bercanggahan pada maknanya juga.”

(Misalnya) di dalam doa tersebut, seseorang yang berdoa mengucapkan : “Wahai Tuhan! Jika Engkau telah menetapkanku di sisi-Mu di dalam umm-ul-kitāb (suatu) kecelakaan, atau keterhalangan, atau keterbuangan, atau kesempitan ke atasku pada rezeki, maka Engkau hapuskanlah – wahai Tuhan, dengan kelebihan Engkau – kecelakaanku, keterhalanganku, keterbuanganku, dan kesempitan rezekiku; Engkau tetapkanlah bagiku di dalam umm-ul-kitāb kebahagiaan , memperoleh rezeki, (mendapat) tawfīq bagi (melakukan) kebaikan kesemuanya. Maka sesungguhnya Engkau, perkataan-Mu adalah benar (seperti) di dalam Kitab-Mu yang telah Engkau turunkan kepada Nabīy-Mu yang diutuskan : “AlLāh menghapuskan apa-apa yang Dia kehendaki dan Dia menetapkan (apa-apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya umm-ul-kitāb.” – Ar-Ra‘d:39.

Doa ini adalah saling bertentangan seperti yang anda semua lihat, iaitu apabila dia berkata : “Jika Engkau telah menetapkanku di sisi-Mu di dalam umm-ul-kitāb seperti itu, maka Engkau hapuskanlah ini yang telah Engkau tuliskannya, dan Engkau tetapkanlah (bagi)ku di sisi-Mu di dalam umm-ul-kitāb yang menyalahi ini, kerana Engkau telah berfirman (yang bermaksud) : “AlLāh menghapuskan apa-apa yang Dia kehendaki dan Dia menetapkan (apa-apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya umm-ul-kitāb.” – Ar-Ra‘d:39. Sedangkan, maksud ayat (ini) ialah bahawa umm-ul-kitāb tiada penghapusan dan penetapan di dalamnya. Sesungguhnya penghapusan dan penetapan adalah selain demikian itu daripada lembaran (catatan) malaikat dan selainnya. Jika demikianlah maksud ayat berkenaan, maka bagaimanakah seseorang hamba meminta Tuannya (AlLāh) supaya Dia menghapus dan menetapkan di dalam umm-ul-kitāb yang di dalamnya tiada penghapusan dan tiada penetapan?

Kemudian doa yang diucapkan itu pula berulang-ulang : “Jika Engkau telah lakukan demikian, maka Engkau hapuskanlah demikian, atau lakukan demikian.” Sedangkan Nabīy Ṣ.‘A.W telah memerintahkan kita apabila kita berdoa, kita bermohon dengan tegas, tidak mengulang-ulang (seperti doa yang tersebut itu – pent.) dan tidak berasa ragu-ragu. (Jika demikian), maka ia menunjukkan bahawa doa tersebut salah dan tiada asas baginya.

Di dalam doa tersebut juga, seseorang yang berdoa mengucapkan: “Tuhanku dengan keagungan yang nyata pada malam pertengahan Sha‘bān yang dimuliakan, yang dijelaskan padanya setiap perkara yang mempunyai hikmah dan ditetapkan (tidak berubah), bahawa Engkau mengangkat bala daripada kami apa-apa yang kami tahu dan apa-apa yang kami tidak tahu.” Berdoa dengan doa ini juga salah. Maka, malam yang dijelaskan padanya setiap perkara yang mempunyai hikmah itu ialah malam yang diturunkan padanya Al-Qur’ān, iaitulah laylat-ul-qadr malam keagungan yang kelihatan, dan ianya berlaku di bulan Ramaḍān dengan nas Al-Qur’ān. Firman AlLāh Ta‘ālā (yang bermaksud) : “Ḥā Mīm, demi Al-Kitāb yang jelas, sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam yang diberkati, sesungguhnya Kami memberikan peringatan, padanya dijelaskan setiap perkara yang mempunyai hikmah.” – Ad-Dukhān:1-4, dan firman-Nya (yang bermaksud) : “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’ān) pada malam al-qadr.” – Al-Qadr:1, dan Dia berfirman (yang bermaksud) : “Bulan Ramaḍān yang telah diturunkan padanya Al-Qur’ān.” – Al-Baqarah:185. Jadi, malam yang dijelaskan padanya setiap perkara yang mempunyai hikmah itu (berlaku) di bulan Ramaḍān dengan yakin, iaitulah malam al-qadr dengan ijmā‘.

Dan, adapun ḥadīth yang diriwayatkan daripada Qatādah bahawa malam pertengahan Sha‘bān ialah malam yang dijelaskan padanya setiap perkara yang mempunyai hikmah, maka ia adalah ḍa‘īf dan muḍṭarab , sedangkan terdapat riwayat (lain) yang datang daripada Qatādah sendiri bahawa malam tersebut ialah laylat-ul-qadr. Manakala, apa-apa yang datang di dalam ḥadīth berkenaan (seperti) menentukan ajal daripada Sha‘bān ke Sha‘bān (yang berikutnya), maka ini juga ḥadīth ḍa‘īf, seperti yang disebutkan oleh Ibnu Kathīr di mana ianya bersalahan dengan nas-nas.

*Terjemahan bebas daripada petikan sebahagian fatwa Shaykh Profesor Dr.Yusuf Al-Qaraḍāwīyhttp://www.qaradawi.net/library/50/2335.html

Advertisements
Tagged: , , ,
Posted in: Fatwa