Ibnu Taimiyyah r.ḥ Perakui Kelebihan Malam Niṣfu Sha‘bān

Posted on Jun 25, 2012

0


Ibnu Taimiyyah r.ḥ (meninggal 728H), Majmū‘ Fatāwā, m.s 131-132, juz. ke-23, Majma‘-ul-Malik Fahd Liṭibā‘at-il-Muṣḥaf-ish-Sharīf, Arab Saudi, 2004

Ṣalāt khusus bersendirian atau berjamaah

“Apabila seseorang insan berṣalāt (pada) malam niṣfu (Sha‘bān) sendirian atau berjamaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian golongan salaf, maka ia adalah sangat baik. Adapun berhimpun di masjid-masjid untuk mendirikan ṣalāt yang ditentukan, seperti berhimpun untuk mendirikan ṣalāt sebanyak 100 rak‘at dengan bacaan 1000 kali قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ secara berterusan, maka ini adalah bid‘ah, tidak pernah digalakkan (melakukan)nya oleh para imām.”

Dan, adapun malam niṣfu (Sha‘bān) maka sesungguhnya telah diriwayatkan mengenai kelebihannya di dalam ḥadīth-ḥadīth dan āthār, dan telah dinukilkan daripada kelompok salaf bahawa mereka (mendirikan) ṣalāt padanya (malam niṣfu Sha‘bān). Maka, seorang lelaki yang berṣalāt pada (malam)nya sendirian, sesungguhnya hal demikian telah dilakukan oleh salaf dan terdapat hujah padanya , maka janganlah ianya diingkari. Manakala ṣalāt secara berjamaah pula, maka ia adalah terbina di atas kaedah umum pada berhimpun di atas (melakukan) ketaatan-ketaatan dan ibadat-ibadat.”

———

Ibnu Taimiyyah r.ḥ , Iqtiḍā’-uṣ-Ṣirāṭ-il-Mustaqīm Li Mukhālafat Aṣḥāb-il-Jaḥīm, m.s 631-632, jil.ke-2, Maktabat-ur-Rushd, Riyāḍ, Arab Saudi, t.t

Kelebihan malam niṣfu Sha‘bān

“Malam niṣfu Sha‘bān, maka sesungguhnya telah diriwayatkan mengenai kelebihannya daripada ḥadīth-ḥadīth yang marfū‘ (daripada RasūlulLāh Ṣ.‘A.W) dan āthār bahawa ianya adalah malam yang mempunyai kelebihan, dan terdapat sebahagian salaf yang mengkhususkan ṣalāt padanya. Manakala, puasa (di) bulan Sha‘bān sesungguhnya terdapat padanya ḥadīth-ḥadīth ṣaḥīḥ. Namun begitu, terdapat sebahagian ‘ulamā’ daripada salaf, ahli Madinah, dan selain mereka daripada (‘ulamā’) khalaf yang mengingkari kelebihannya dan menyanggah ḥadīth-ḥadīth yang didatangkan padanya seperti ḥadīth “….maka Dia mengampunkan (dosa-dosa) lebih banyak daripada bilangan bulu kambing (Bani) Kalb [1]”, dan berkata : “Tidak ada beza antaranya (malam niṣfu Sha‘bān ) dan selainnya.”

Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan ahli ilmu atau kebanyakan mereka daripada ‘ulamā’ kami dan selain mereka berpendapat mengenai keutamaannya. Dan, ini ditunjukkan oleh nas (Imām) ’Aḥmad r.ḥ kerana pelbagai ḥadīth yang datang mengenainya, dan demikian itu benar daripada āthār (‘ulamā’) salaf. Sesungguhnya, telah diriwayatkan sebahagian kelebihannya di dalam musnad-musnad dan sunan-sunan, meskipun telah dipalsukan padanya sesuatu yang lain.”

Nota:

[1] Imām At-Tirmidhīy r.ḥ (meninggal 279H), Sunan At-Tirmidhīy, Bāb Mā Jā’a Fī Laylat-in-Niṣfi Min Sha‘bān, nombor 739; Imām Ibnu Mājah r.ḥ (meninggal 273H), Sunan Ibnu Mājah, Kitāb ’Iqāmat-iṣ-ṣalāt Was Sunnati Fīhā, nombor 1389 – terdapat lafaz baginda mendongak kepalanya ke langit selepas lafaz aku temui baginda di Al-Baqī‘; Imām ’Aḥmad r.ḥ (meninggal 241H), Musnad ’Aḥmad, Bāqīy Musnad-il-’Anṣār, nombor 25487

Advertisements
Posted in: Fatwa