Browsing All Posts filed under »‘Ibrah«

Wahai Anak Kesayanganku! (Bahagian 7 – Aspek-aspek tarbiyyah di dalam wasiat-wasiat Luqmān)

Jun 26, 2012

0

3. Bersabar di jalan dakwah kepada AlLāh Berdakwah ke jalan AlLāh memerlukan kesabaran daripada pendakwah dalam menghadapi rintangan-rintangan musuh-musuh dakwahnya. Demikian itu berlaku kerana manusia adalah “musuh” kejahilan diri sendiri, dan perubahan mereka daripada akidah yang dianut sekian lama – meskipun ianya batil – kepada akidah lain bukanlah suatu yang mudah, sekalipun akidah (lain) itu […]

Wahai Anak Kesayanganku! (Bahagian 6 – Aspek-aspek tarbiyyah di dalam wasiat-wasiat Luqmān)

Jun 11, 2012

0

2. Perintah menyuruh dengan ma‘rūf dan mencegah daripada kemungkaran Menyuruh dengan ma‘rūf dan mencegah daripada kemungkaran adalah terhasil daripada sifat sukakan kemuliaan dan (sukakan) asas kepada kebaikan institusi kemasyarakatan di mana pelaksanaannya akan menyedarkan jiwa-jiwa dan memberikan peringatan tentang keburukan (perkara-perkara) mungkar. Maka itu, apabila manusia saling bekerjasama dalam hal demikian – seperti yang diwajibkan […]

Pengajaran-pengajaran Daripada Ḥadīth Budak Lelaki (Ghulām)

Mei 2, 2012

0

Terdapat pengajaran-pengajaran yang sangat penting di sebalik ḥadīth panjang yang mengisahkan aṣḥāb-ul-ukhdūd, ahli sihir, pendeta, dan budak lelaki yang mana kadang-kadang ia dikenali juga dengan ḥadīth ghulām. Antara pengajaran-pengajarannya adalah seperti berikut: 1. Ia menunjukkan peringkat-peringkat dakwah secara lengkap, dari mula hingga ke penghujungnya. Peringkat permulaannya adalah lemah sebab yang mengetahui kebenaran hanyalah seorang (pendeta). […]

Kisah Aṣḥāb-ul-Ukhdūd, Ahli Sihir, Pendeta, dan Budak Lelaki

Mei 1, 2012

0

Daripada ‘Abd-ur-Raḥmān bin ’Abīy Laylā daripada Ṣuhayb bahawa RasūlulLāh Ṣ.‘A.W telah bersabda: “Terdapat seorang raja sebelum (zaman) kamu dan beliau memiliki seorang ahli sihir. Apabila dia telah tua, maka dia pun berkata kepada Raja: “Sesungguhnya aku telah tua, bolehkah engkau menghantar kepadaku seorang budak (supaya) aku boleh mengajarkannya ilmu sihir.” Lalu, beliau menghantar seorang budak […]

Wahai Anak Kesayanganku! (Bahagian 5 – Aspek-aspek tarbiyyah di dalam wasiat-wasiat Luqmān)

April 21, 2012

0

IV. Menuju kepada AlLāh Ta‘ālā dengan ṣalāt, menuju kepada manusia dengan dakwah kepada-Nya, dan bersabar pada jalan dakwah dan halangan-halangannya 1. Seruan mendirikan ṣalāt Luqmān berkata kepada anaknya seperti yang telah difirmankan oleh AlLāh Ta‘ālā (yang bermaksud) : “Wahai anakku, dirikanlah olehmu akan ṣalāt.” –Luqmān: 17 AlLāh Ta‘ālā telah memfardukan pelbagai ibadat ke atas hamba-hamba-Nya […]

Wahai Anak Kesayanganku! (Bahagian 4– Aspek-aspek tarbiyyah di dalam wasiat-wasiat Luqmān)

April 10, 2012

0

III. Mengimani kekuasaan الله Firman AlLāh Ta‘ālā : (Maksudnya): “Wahai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara seberat biji sawi, maka adalah ia di dalam batu besar atau di langit-langit atau di bumi , AlLāh akan membawakannya, sesungguhnya AlLāh Maha Lembut Maha Halus.” (31:16) Di dalam ayat tersebut , Luqmān memberitahu anaknya tentang keluasan kekuasaan AlLāh […]

Wahai Anak Kesayanganku! (Bahagian 3 – Aspek-aspek tarbiyyah di dalam wasiat-wasiat Luqmān)

Mac 27, 2012

0

II. Melakukan kebajikan kepada kedua-dua ibu bapa Sesungguhnya belaian kasih ibu bapa kepada anak-anak adalah gambaran kasih sayang yang jelas. Dan, kewajipan anak-anak (pula) untuk membalas kasih sayang mereka (ibu bapa) dengan menjaga mereka apabila mereka sudah tua, dan merendahkan diri di hadapan mereka, juga (sentiasa) mendoakan mereka akan keampunan dan raḥmat daripada الله. (Hakikatnya) […]