Browsing All posts tagged under »Doa«

*Doa Niṣfu Sha‘bān Bercanggah Dengan Nas?

Jun 25, 2012

0

“…Dan, ia adalah doa yang panjang, tetapi doa itu menyalahi nas-nas dan saling bertentangan, lagi bercanggahan pada maknanya juga.” (Misalnya) di dalam doa tersebut, seseorang yang berdoa mengucapkan : “Wahai Tuhan! Jika Engkau telah menetapkanku di sisi-Mu di dalam umm-ul-kitāb (suatu) kecelakaan, atau keterhalangan, atau keterbuangan, atau kesempitan ke atasku pada rezeki, maka Engkau hapuskanlah […]

Merayakan Malam Niṣfu Sha‘bān

Jun 23, 2012

2

Soalan: Sejak sekian lama kami merayakan malam niṣfu Sha‘bān dengan menghimpunkan penduduk-penduduk kampung yang terdiri daripada pemuda, pemudi, kanak-kanak dan wanita di masjid untuk mendirikan ṣalāt Maghrib. Ia kemudiannya disusuli dengan bacaan sūrah Yāsīn sebanyak tiga kali di mana setiap kali bacaan akan diiringi doa dengan bentuk-bentuk yang terdapat di dalam Al-Qur’ān-ul-Karīm dan doa untuk […]

Pengajaran-pengajaran Daripada Ḥadīth Budak Lelaki (Ghulām)

Mei 2, 2012

0

Terdapat pengajaran-pengajaran yang sangat penting di sebalik ḥadīth panjang yang mengisahkan aṣḥāb-ul-ukhdūd, ahli sihir, pendeta, dan budak lelaki yang mana kadang-kadang ia dikenali juga dengan ḥadīth ghulām. Antara pengajaran-pengajarannya adalah seperti berikut: 1. Ia menunjukkan peringkat-peringkat dakwah secara lengkap, dari mula hingga ke penghujungnya. Peringkat permulaannya adalah lemah sebab yang mengetahui kebenaran hanyalah seorang (pendeta). […]

Hukum dan bentuk doa istiftāḥ

April 17, 2012

0

Doa istiftāḥ atau iftitāḥ ialah doa yang dibacakan selepas takbīrat-ul-iḥrām sebelum memulakan bacaan sūrat-ul-Fātiḥaḥ di dalam ṣalāt. Terdapat beberapa persoalan tentangnya , misalnya hukum membacanya bagi orang yang berṣalāt sendirian, makmūm, imām dan bentuk-bentuk bacaannya. Hukum membacanya Terdapat khilāf di kalangan ‘ulamā’ mengenai hukum membaca doa istiftāḥ seperti berikut: Madhhab Malikīy : Dimakrūhkan (membaca) doa […]

Doa Menghilangkan Kesakitan Di Dalam Badan

Februari 9, 2012

0

Daripada Masrūq, daripada ‘Ā’ishah r.‘a : “Bahawa Nabīy Ṣ.‘A.W merawat sebahagian ahli keluarganya, di mana baginda menggosok dengan tangannya yang kanan (di atas tempat yang sakit itu), lalu baginda berdoa اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبْ الْبَأْسَ اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا (“Ya ﺍﷲ, hilangkanlah kesakitan itu, (dan) Engkau sembuhkannya, dan […]