Browsing All posts tagged under »khilaf«

Hukum-Hukum Berkaitan Anjing

Januari 8, 2017

0

Soalan: Adakah anjing itu najis? Adakah harus menjualnya? Apakah hukum memeliharanya di rumah? Jawapan: Anjing ialah sejenis haiwan yang menyalak. Apa-apa sahaja jenis haiwan yang menyalak, sama ada besar atau kecil dipanggil sebagai anjing, sekalipun salakannya lemah (tidak kuat). Manakala, haiwan yang tidak menyalak meskipun ia seakan-akan anjing seperti serigala dan musang, maka ia bukanlah […]

Mendedahkan Kedua-dua Telapak Kaki, Wuḍū’ Memakai make-up dan Mandi Ḥadath Ganti Wuḍū’

Mac 20, 2012

0

Soalan 1: Harus perempuan mendedahkan kedua-dua telapak kaki? Terdapat pertelingkahan yang berlaku di sebuah kampung berhubung hukum shara‘ tentang menutup kedua-dua telapak kaki perempuan di dalam ṣalāt, adakah wājib ditutup kedua-duanya, atau harus didedahkan kedua-duanya? Diharapkan penjelasan bagi mengakhiri pertelingkahan tersebut. *Jawapan: Wājib ke atas seorang perempuan Muslimah untuk menutupi seluruh badannya di dalam ṣalāt […]

Isu Bid‘ah : Berlapang Dadalah Wahai Saudara-saudaraku!

Mac 4, 2012

0

Pengenalan Isu bid‘ah seringkali menjadi perbincangan di mana-mana sehinggakan secara sedar ia telah melahirkan pelbagai “kumpulan” dengan “label-label” yang rencam dan mewujudkan “pertempuran-pertempuran” pemikiran yang sedikit sebanyak menyebabkan perpecahan dan keresahan di kalangan masyarakat Muslim. Meskipun sejak dahulu lagi terdapatnya perbezaan pendapat di kalangan salaf-us-ṣāliḥ dan ‘ulamā’ mu‘tabar serta sikap saling menghormati perbezaan tersebut, namun […]

Hukum Pembacaan Basmalah Dengan Suara Yang Kuat Dalam Ṣalāt

Mac 2, 2012

0

Adakah wājib membaca basmalah dengan suara yang kuat dalam ṣalāt , maka tidak boleh berṣalat (oleh makmūm) di belakang imām yang tidak membaca basmalah dengan suara yang kuat, atau adakah membacanya dengan suara yang kuat atau perlahan itu sama (dari segi hukum)? *Jawapan : Persoalan membaca basmalah dengan suara yang kuat adalah sebahagian daripada perkara-perkara […]