Browsing All posts tagged under »Solat«

Hukum Solat Jumaat Apabila Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat

Julai 14, 2013

1

Soalan: Adakah gugur (kewajipan) solat Jumaat apabila hari raya berlaku pada hari Jumaat, dan memadai dengan solat hari raya (sahaja) dari solat Jumaat?  Dan, adakah gugur (kewajipan) solat zuhur apabila berlaku hari raya pada hari Jumaat? Dan, adakah gugur (kewajipan) solat zuhur pada hari raya setakat memadai dengan solat hari raya? *Jawapan: Persoalan mengenai berlakunya […]

Bilakah Kanak-kanak Mula Berpuasa?

Ogos 2, 2012

0

Soalan: Bilakah seseorang kanak-kanak lelaki dan perempuan mula berpuasa? Adakah di sana terdapat ketetapan syarak mengenai umur kanak-kanak dalam perkara ini? *Jawapan: RasūlulLāh Ṣ.‘A.W bersabda (mafhūmnya): “Telah diangkat qalam daripada tiga perkara (iaitu) : daripada kanak-kanak hingga dia (dikira) dewasa, dan daripada orang yang tidur hingga dia jaga, dan daripada orang gila hingga dia waras.” […]

Ibnu Taimiyyah r.ḥ Perakui Kelebihan Malam Niṣfu Sha‘bān

Jun 25, 2012

0

Ibnu Taimiyyah r.ḥ (meninggal 728H), Majmū‘ Fatāwā, m.s 131-132, juz. ke-23, Majma‘-ul-Malik Fahd Liṭibā‘at-il-Muṣḥaf-ish-Sharīf, Arab Saudi, 2004 Ṣalāt khusus bersendirian atau berjamaah “Apabila seseorang insan berṣalāt (pada) malam niṣfu (Sha‘bān) sendirian atau berjamaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian golongan salaf, maka ia adalah sangat baik. Adapun berhimpun di masjid-masjid untuk mendirikan ṣalāt yang […]

Merayakan Malam Niṣfu Sha‘bān

Jun 23, 2012

2

Soalan: Sejak sekian lama kami merayakan malam niṣfu Sha‘bān dengan menghimpunkan penduduk-penduduk kampung yang terdiri daripada pemuda, pemudi, kanak-kanak dan wanita di masjid untuk mendirikan ṣalāt Maghrib. Ia kemudiannya disusuli dengan bacaan sūrah Yāsīn sebanyak tiga kali di mana setiap kali bacaan akan diiringi doa dengan bentuk-bentuk yang terdapat di dalam Al-Qur’ān-ul-Karīm dan doa untuk […]

Status Ḥadīth-ḥadīth Kelebihan-kelebihan Bulan Rajab dan Ṣalāt-ur-Raghāib

Jun 12, 2012

0

Soalan 1: Terdapat pelbagai ḥadīth mengenai kelebihan bulan Rajab. Adakah ianya ṣaḥīḥ, atau ḍa‘īf, atau sebahagiannya ṣaḥīḥ, dan sebahagian yang lain pula ḍa‘īf, atau apakah kedudukan sebenarnya? *Jawapan: Imām Ibnu Ḥajar Al-‘Asqalanīy r.ḥ (meninggal 852H) telah menulis satu risalah yang bertajuk Tabyīn-ul-‘Ujab Bimā Warada Fī Faḍli Rajab. Beliau telah mengumpulkan di dalamnya kebanyakan ḥadīth mengenai […]

Bukan Muslim Haram Masuk Ke Dalam Masjid?

Jun 8, 2012

0

Pengenalan Kejahilan menjadikan seseorang “buta” kepada kebenaran, tetapi kejahilan kerana tidak mahu mencari ilmu dan bertanyakan orang yang ahli tentunya lebih “buta” dan lebih buruk kesannya, iaitu menolak hujah yang benar dengan sangkaan dan perasaan sendiri – penuh emosi dan tiada hujah. Begitulah suatu masa dahulu, “kecoh” di negara kita tentang isu ini. Yang lebih […]

Ṣalāt Qaṣar – Bahagian 1

Mei 15, 2012

0

Pengenalan Islam adalah ad-dīn yang sentiasa memberikan kemudahan kepada umat Muḥammad Ṣ.‘A.W dalam melakukan ibadat ṣalāt , terutamanya dalam keadaan bermusafir. Maka itu, kefahaman tentang kemudahan ini perlu diketahui oleh setiap muslim dengan ilmu berpandukan nas-nas yang ṣaḥīḥ lagi jelas. Lebih-lebih lagi, pelbagai jenis kerja atau tanggungjawab telah menjadikan umat Islam perlu melakukan permusafiran sama […]