Aku Hairan Terhadap Orang Yang…

Posted on Mei 23, 2020

0


Ja’far As-Ṣādiq r.ḥ (meninggal 148H) berkata: “Aku hairan terhadap orang yang diuji oleh Allah SWT dengan penyakit, bagaimana dia lupa untuk berkata : “أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ”“Sesungguhnya aku ditimpa penyakit dan Engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani.” Al-Anbiyā’ 21:83  Sedangkan, Allah SWT berfirman : “فَاسْتَجَبْنَا لَهُ فَكَشَفْنَا مَا بِهِ مِن ضُرٍّ”“Maka Kami telah perkenankan baginya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya.” – Al-Anbiyā’ 21:84

“Aku hairan terhadap orang yang diuji oleh Allah dengan kesedihan, bagaimana dia lupa untuk berkata : لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ” “Tiada Tuhan melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang zalim.” – Al-Anbiyā’ 21:87 Sedangkan, Allah SWT berfirman : “فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ ۚ وَكَذَٰلِكَ نُنجِي الْمُؤْمِنِينَ”“Maka, Kami telah perkenankan baginya dan Kami melepaskannya daripada kesedihan sepertimana Kami akan melepaskan orang-orang yang beriman.” – Al-Anbiyā’ 21:88

“Aku hairan terhadap orang yang takutkan sesuatu, bagaimana dia lupa untuk berkata : “حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ”“Cukuplah Allah untuk kami dan Dialah sebaik-baik pengurus.” – Āli-‘Imrān 3:173 Sedangkan, Allah SWT berfirman : “فَانقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ لَّمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ”“Lalu, mereka kembali dengan mendapat nikmat dan kelebihan daripada Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun.” – Āli ‘Imrān 3:174

“Aku hairan terhadap orang yang resah gelisah dalam sesuatu urusan, bagaimana dia lupa untuk berkata : “وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ”“Aku menyerahkan urusanku kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hamba-Nya.” – Ghāfir 40:44 Sedangkan, Allah SWT berfirman : “فَوَقَاهُ اللَّهُ سَيِّئَاتِ مَا مَكَرُوا”“Maka, Allah menyelamatkannya daripada angkara tipu daya mereka.” – Ghāfir 40:45

“Aku hairan terhadap orang yang Allah kurniakan nikmat yang dia rasa takut akan kehilangannya, bagaimana dia lupa untuk berkata : “وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ”Dan, sepatutnya ketika engkau masuk ke kebunmu, engkau berkata: “Ini semua perkara yang dikehendaki Allah, tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.” – Al-Kahf 18:39

* Petikan daripada Kitab محمد بن محمد الحسيني الزبيدي: اتحاف السادة المتقين بشرح إحياء علوم الدين

Posted in: Kata-kata hikmah